Majoriti mahu Amirudin dilantik semula MB

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Majoriti responden tinjauan pendapat pengundi di kerusi-kerusi marginal Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi kaji selidik yang dijalankan Endeavour-MGC (EMGC), berdasarkan persampelan rawak berstrata itu, sejumlah 77 peratus bersetuju di kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum.

77 peratus berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemimpin PH dan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor.
77 peratus berpuas hati dengan prestasi keseluruhan pemimpin PH dan Amirudin sebagai Menteri Besar Selangor.

Sementara 70 peratus di kerusi marginal Melayu turut bersetuju dengan perkara tersebut.

Bagaimanapun, 23 peratus di kerusi marginal pelbagai kaum tidak berpuas hati dan kerusi marginal Melayu sebanyak 30 peratus.

Berikutan itu juga, majoriti responden dalam kajian itu mahu Amirudin dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor jika memenangi PRN pada 12 Ogos ini.

75 peratus responden puas hati dengan prestasi Kerajaan Selangor
75 peratus responden puas hati dengan prestasi Kerajaan Selangor

Sebanyak 76 peratus responden dari kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum berpendapat bahawa PH patut memilih Amirudin.

Berdasarkan kajian melibatkan 1,068 responden itu juga, 69 peratus responden di kerusi marginal Melayu turut bersetuju dengan perkara tersebut.

Bagaimanapun, 22 peratus responden di kerusi marginal pelbagai kaum menyatakan Amirudin tidak perlu dicalonkan semula sebagai Menteri Besar dan 29 peratus responden kerusi marginal Melayu juga bersetuju dengan perkara tersebut.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!