PRN: 61 peratus responden memilih parti
SHAH ALAM - Sebanyak 61 peratus responden daripada kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum bersetuju bahawa mereka memilih parti pada pilihan raya negeri (PRN) di Selangor.
Berdasarkan kajian Endeavour-MGC (EMGC) yang dijalankan kepada 1,068 responden itu, 58 peratus responden dari kerusi marginal Melayu juga akan membuat keputusan serupa.
Sebanyak 25 peratus responden di kerusi marginal pelbagai kaum pula memilih individu dan 24 peratus lagi kerusi marginal kaum Melayu.
Kajian itu mendapati 10 peratus pengundi kerusi marginal pelbagai kaum akan memilih calon yang berlatarbelakangkan agama dan pengundi kerusi marginal Melayu sebanyak 14 peratus.
Tiga peratus lagi menyatakan pertimbangan paling penting adalah ekonomi dan satu peratus lagi melihat aspek bangsa.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!