4,000 penduduk pulau perlu bot jenazah

Penduduk memunggah barangan keperluan ke dalam bot untuk dibawa ke rumah di pulau di Tumpat.
Penduduk memunggah barangan keperluan ke dalam bot untuk dibawa ke rumah di pulau di Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Lebih 4,000 penduduk di 14 pulau di Kelaboran di sini memerlukan perkhidmatan bot jenazah bagi membawa mayat ahli keluarga merentasi sungai ke tanah perkuburan di tanah besar yang berjarak sejauh tiga kilometer dari penempatan mereka.

Kampung-kampung antaranya Pulau Tokang, Pulai Pantai Timun dan Pulau Suri itu sudah wujud lebih 100 tahun dan dari dahulu hingga sekarang penduduknya hanya meminjam bot-bot yang lebih besar milik penduduk lain bagi tujuan tersebut.

AZIMAH
AZIMAH

Seorang penduduk di Kampung Pulau Tokang, Azimah Ismail, 58, berkata, sudah lumrah baginya dan penduduk di pulau-pulau itu untuk meminta bantuan daripada penduduk lain bagi membawa jenazah dalam bot yang lebih besar.

Menurut suri rumah itu, kebiasaannya pemilik bot tidak akan mengenakan caj bagi perkhidmatan tersebut dan melaksanakannya sebagai fardu kifayah.

“Sepanjang saya tinggal di pulau ini sudah lebih 10 ahli keluarga meninggal dunia atas pelbagai sebab dan jenazah akan dibawa merentasi sungai menggunakan bot untuk ke tanah perkuburan di Kok Keli.

Mohd Rosdi (kanan) menyapa penduduk pulau yang berada di atas bot di Jeti Pangkalan Che Lat.
Mohd Rosdi (kanan) menyapa penduduk pulau yang berada di atas bot di Jeti Pangkalan Che Lat.

“Tiba di jeti Kok Keli, kami akan menggunakan van jenazah pula bagi membawa mayat ke kubur untuk dikebumikan,” katanya ketika ditemui di Pulau Tokang di sini semasa kunjungan Calon Barisan Nasional, Mohd Rosdi Razali di sini pada Sabtu.

Seorang lagi penduduk di Pulau Pantai Timun, Shamsudin Jusoh, 53, berkata, sudah lumrah bagi penghuni pulau itu untuk saling bekerjasama dan membantu antara satu sama lain jika berlaku kematian.

SHAMSUDIN
SHAMSUDIN

Katanya, hal ini berikutan bot ialah pengangkutan utama mereka dan satu-satunya pilihan yang ada.

“Kami perlu menggunakan jalan sungai untuk menyeberang ke tanah besar atas pelbagai urusan termasuk kerja dan anak-anak bersekolah.

“Setiap penduduk di sini mempunyai bot mereka masing-masing namun bot bersaiz lebih besar sekitar 8.5 hingga 8.6 meter panjang diperlukan untuk membawa jenazah berbanding bot milik penduduk yang lebih kecil,” ujarnya.

YUSOF
YUSOF

Sementara itu, seorang nelayan, Yusof Salleh, 76, berkata, 13 pulau di Kelaboran itu tidak mempunyai tanah perkuburan dan hanya satu tanah perkuburan yang ada ialah di Pulau Teluk Renjuna, itupun baharu sahaja wujud sekitar tahun ini atas tanah wakaf oleh orang persendirian.

“Jenazah penduduk akan dikebumikan di tanah besar yang perlu dibawa dengan bot dan merentasi sungai kira-kira 20 minit dari pulau.

Warga emas wanita di pulau yang turut mengemudi bot untuk urusan harian.
Warga emas wanita di pulau yang turut mengemudi bot untuk urusan harian.

“Jenazah ini akan ditanam di Tanah Perkuburan di Kelaboran atau Che Latif di tanah besar. Jadi, amat penting bot khas diwujudkan bagi memberi perkhidmatan membawa jenazah merentasi sungai untuk dikebumikan,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!