Universiade: Kuartet 4 x 400m negara cipta sejarah ke final

Kuartet 4 x 400m wanita negara meraikan kejayaan mara ke final Universiade Chengdu.
Kuartet 4 x 400m wanita negara meraikan kejayaan mara ke final Universiade Chengdu.
A
A
A

KUARTET 4 x 400 meter (m) lelaki dan wanita negara lakar sejarah tersendiri apabila mara ke pentas final acara olahraga Sukan Universiti Dunia (Universiade) edisi Chengdu di Stadium Pusat Sukan Shuangliu, China malam Sabtu.

Malah kuartet lelaki berpeluang mengejar pingat pertama olahraga sejak penyertaan pertama Malaysia di Universiade Kobe, 38 tahun lalu.

Pada aksi saringan pertama acara 4 x 400m lelaki, kuartet Malaysia diwakili Abdul Wafiy, Muhammad Firdaus, Ruslem Zikry dan Umar Osman mengekalkan larian yang konsisten walaupun bermula pada lorong ketujuh.

Turkey unggul ditempat pertama dengan catatan 3 minit 6. 43 saat (s) diikuti Afrika Selatan dikedudukan kedua, 3 minit 6. 97s diikuti Malaysia ketiga dengan masa 3 minit 10. 98s.

Kuartet Malaysia pada ketika ini berada pada kedudukan ketiga terpantas keseluruhan menjelang aksi final malam ini.

Kuartet 4 x 400m lelaki negara cipta sejarah mara ke final Universiade Chengdu.
Kuartet 4 x 400m lelaki negara cipta sejarah mara ke final Universiade Chengdu.

Dalam pada itu, kuartet 4 x 400m wanita turut mempamerkan semangat juang tinggi setelah mara ke aksi final menerusi gandingan Mandy Goh, Zainah Afifah, Teoh Kim Chyi dan Chelsea Cassiopea.

Mereka mengembirakan kontinjen negara apabila mengekalkan kedudukan ketiga hingga ke akhir dengan catatan 3 minit 44. 56s untuk mengesahkan slot final.

Saringan ini dimenangi Algeria dengan masa 3 minit 39.18s diikuti China kedua dengan masa 3 minit 40. 08s.

Dalam pada itu, dua atlet negara yang turut beraksi malam tadi menerusi acara melontar tukul besi dan lempar cakera kecundang di aksi final.

Grace Wong terpaksa berpuashati menduduki tempat ke-11 menerusi acara lontar tukul besi dengan jarak 57.52 meter yang dimenangi Li Jiangyan dari China dengan lontaran 71.20 meter.

Sementara itu, Queenie Kung yang beraksi dalam acara lempar cakera final menduduki tempat ke-10 dengan lemparan 50.56 meter dengan pingat emas menjadi milik atlet Jerman, Antonia Maria Leopoldine Kinzel dengan lemparan 59.18 meter

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!