Mayat dalam guni: Mangsa dipercayai dipukul hingga mati

Anbalagan. Laporan Sinar Harian pada Sabtu
Anbalagan. Laporan Sinar Harian pada Sabtu
A
A
A

SERDANG - Lelaki warga asing yang mayatnya ditemui dalam guni di tapak besi buruk Taman Bukit Serdang dekat sini, Jumaat lalu dipercayai dipukul sehingga mati.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, proses bedah siasat sebelum ini dijalankan Jabatan Forensik Hospital Serdang pada Sabtu.

"Bedah siasat dijalankan kira-kira jam 10 pagi sehingga 6 petang oleh Doktor Pakar Bedah Forensik di Jabatan Forensik Hospital Serdang.

"Hasil bedah siasat mendapati terdapat kesan pukulan pada seluruh tubuh badan mangsa yang menyebabkan punca kematian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berkaitan kes ini.

Pada Sabtu, polis memaklumkan masalah kewangan antara menjadi punca seorang kerani warga asing dibunuh sebelum mayatnya ditemui dalam guni tapak besi buruk Taman Bukit Serdang, dekat sini, Jumaat lalu.

Difahamkan seramai 13 individu termasuk majikan mangsa terdiri daripada 10 lelaki dan tiga perempuan ditahan bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN: Mayat ditemui dalam guni di tapak besi buruk

Masalah kewangan dipercayai punca kerani dibunuh majikan