REE: Saifuddin tuntut penjelasan Sanusi isu keluar surat keizinan

Saifuddin pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Naka selepas program kempen bersama calon BN DUN Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Ahad.
Saifuddin pada sidang akhbar di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Naka selepas program kempen bersama calon BN DUN Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Ahad.
A
A
A

PADANG TERAP - Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menuntut penjelasan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berhubung surat kerajaan negeri memberi keizinan pada 15 Mei 2023 kepada sebuah syarikat untuk masuk ke kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik.

Menurutnya, surat tersebut bertujuan memberikan keizinan bagi tujuan pembangunan ladang hutan seluas 500 hektar.

Walau bagaimanapun, perkara itu menimbulkan tanda tanya kerana syarikat terbabit didakwa dimiliki individu yang ditahan dan dikompaun kerana mencuri unsur nadir bumi (REE) di kawasan sama Januari lalu.

"Atas alasan pembangunan ladang hutan lah, syarikat ini mencuri nadir bumi pada Januari lalu. Pencuri itu kemudiannya ditangkap dan dikompaun sebelum dibebaskan.

"Tetapi pada 15 Mei, dia dapat satu lagi surat keizinan untuk masuk dengan tujuan pembangunan ladang hutan di kompartmen 12, Hutan Simpan Bukit Enggang seluas 500 hektar. Kira-kira sebulan selepas itu, dia ditangkap lagi.

"Jadi kita nak tanya dengan Menteri Besar, sampai bila nak pertahankan kecurian ini? Kenapa mesti dikeluarkan lagi surat untuk orang sama yang telah ditangkap dan dikompaun atas kesalahan sebelum ni," katanya pada sidang akhbar pada Ahad.

Beliau berkata demikian di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Naka, dekat sini selepas program kempen bersama calon Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Dakwa Saifuddin, tidak lama selepas itu individu itu sekali lagi ditahan pihak berkuasa pada Jun lalu.

"Seolah-olah negeri Kedah ini Menteri Besarnya boleh beri jalan seluas-luasnya dan boleh buat apa saja. Sebab 'aku' Menteri Besar, populariti tinggi dan orang muda sokong, maka boleh buat apa saja?

"Beliau boleh elak untuk menjawab yang lain tetapi dia kena jawab soalan saya. Apa justifikasi untuk surat bertarikh 15 Mei itu yang kerajaan negeri keluarkan melalui Jabatan Perhutanan," ujar beliau.

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Saifuddin dedah gambar lawatan Sanusi ke tapak REE

Mereka sudah lama tahu simpanan REE di seluruh dunia - Sanusi

Sanusi perlu malu kes kecurian REE di Kedah - Anwar

Sanusi dakwa Anwar bawa lelaki Indonesia mohon kawasan REE

REE: Sanusi nafi bawa masuk So Loi Fat

'Saifuddin bukan tunjuk bukti, dia hanya bina naratif' - Sanusi

'Saya lawat lokasi kecurian REE untuk siasat' - Sanusi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!