Infak komputer riba untuk pelajar kurang mampu

Ir Khairil Nizam
Ir Khairil Nizam
A
A
A

JERANTUT - Menyedari kekangan pelajar khususnya mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan komputer riba bagi pengajian di universiti, Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut mengambil inisiatif menjayakan Program Infak Komputer Riba di Parlimen tersebut.

Ahli Parlimen Jerantut, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, program itu menyasarkan sumbangan sebanyak RM50,000 untuk membantu golongan sasaran.

Menurutnya, ia salah satu usaha pusat khidmat tersebut untuk membantu pelajar terlibat.

"Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban pelajar dan keluarga masing- masing.

"Sebarang sumbangan amat dialu-alukan dan tarikh tutup kutipan dana pada 20 Ogos ini," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Ujar beliau, sumbangan komputer riba ini akan diberikan kepada mahasiswa daripada keluarga kurang berkemampuan, anak yatim dan terbuka kepada mereka yang tinggal dalam kawasan Parlimen Jerantut.

Tambah beliau, orang ramai boleh menyalurkan sumbangan mereka ke dalam akaun 06055010035033 (Bank Islam) atas nama Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Jerantut dan boleh menghubungi di talian 014-5492558 untuk maklumat lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!