Wanita maut selepas minum 2 liter air
WASHINGTON - Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) meninggal dunia selepas mangsa dikatakan meminum kira-kira dua liter air.
Kejadian itu menimpa ibu kepada dua anak, Ashley Summers, 35, dari Indiana yang sedang bercuti dengan keluarganya pada awal bulan lalu.
Menurut abangnya, Devon Miller, Summers minum empat air botol secara serentak dalam tempoh 20 minit ketika cuaca agak panas.
"Dia kemudiannya jatuh pengsan dan dibawa ke hospital," ujarnya.
Pemeriksaan dilakukan ke atasnya mendapati kematian wanita itu berpunca daripada hyponatremia atau ketoksikan air yang biasanya berlaku apabila jumlah natrium dalam darah berada pada paras kurang normal.
Difahamkan, ketoksikan air boleh membawa maut apabila fungsi buah pinggang mula terjejas. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!