Sila log masuk terlebih dahulu.

[SINAR LIVE] Rawang kerusi selamat PH?

06 Ogos 2023 | Sinar Live Video
A
A
A

[SINAR LIVE] Rawang kerusi selamat PH?

Kemunculan sulung pada PRU14 nyata memberi kejutan selepas menang bergaya dalam pertembungan empat penjuru dengan majoriti cukup besar.

Kepercayaan diberikan rakyat cukup bertenaga apabila dua lawannya ketika itu hilang deposit dan memberi gambaran calon PH, Chua Wei Kiat yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kerusi DUN N14 Rawang bukan calang-calang pemimpin.

Pencabarnya pula, calon Perikatan Nasional (PN) Rejean Kumar Ratnam yang sebelum ini pernah menyertai perjuangan reformasi ketika berada dalam kem Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mampukah Wei Kiat mempertahankan kerusi Rawang dan seterusnya meneruskan khidmat kepada masyarakat setempat untuk penggal kedua?

Saksikan Sinar Live khas PRN bersama calon PH Rawang, Chua Wei Kiat SEKARANG di platform digital Sinar Harian.

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=h4cPkqZIA0Y

Facebook: https://fb.watch/mfjepJ3H_4/?mibextid=NnVzG8

Portal: www.sinarharian.com.my

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1688165774379360257?s=20

#SinarHarian #SinarLive #KuasaRakyat #PilihanRayaNegeri