Universiade: Badminton sumbang pingat buat kontinjen Malaysia

Tien Ci-Liew Xun menghadirkan pingat gangsa buat kontinjen Malaysia dalam acara badminton beregu lelaki Universiade edisi Chengdu pada Ahad.
Tien Ci-Liew Xun menghadirkan pingat gangsa buat kontinjen Malaysia dalam acara badminton beregu lelaki Universiade edisi Chengdu pada Ahad.
A
A
A

KONTINJEN Malaysia menambah satu lagi pingat gangsa menerusi acara beregu lelaki selepas wakil negara, Wong Tien Ci-Liew Xun tewas kepada Ren Xiangyu-Tan Qiang dari China dalam aksi separuh akhir Sukan Universiti Dunia (Universiade) edisi Chengdu pada Ahad.

Tien Ci-Liew Xun bermula garang namun terpaksa akur dengan pengalaman Xiangyu-Qiang apabila tewas 13-21 pada set pertama.

Bagaimanapun pasangan negara itu kembali bangkit menyaingi lawan untuk kemenangan 21-19 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Set penentuan menyaksikan kedua-dua pasangan saling berkejar mata sebelum Xiangyu/Qiang menoktahkan permainan dengan kemenangan 21-14.

Pada aksi suku akhir pagi tadi, Tien Ci-Liew Xun mengesahkan slot separuh selepas menyingkirkan cabaran pasangan Jerman, Jan Colin Walker-Bjarnee Geiss, 18-21, 21-17, 21-14.

Dua lagi sandaran negara gagal menerus cabaran apabila tewas di suku akhir bermula kekalahan beregu wanita negara, Yap Rui Chen-Desiree Siow yang ditunjukkan jalan keluar gandingan dari Jepun, Aoki Moe-Nagasako Machi biarpun menang 21-19 sebelum tewas 18-21, 12-21 dua set kemudian.

Satu lagi wakil Malaysia, gandingan beregu wanita Ng Qi Xuan-Teoh Lexuan juga terkandas di suku akhir apabila tewas kepada Korepap Chasinee-Sudjaipraparat Jhenica dari Thailand.

Biarpun Qi Xuan-Teoh Lexuan menang set pertama 21-19, namun Chasinee-Jhenica bangkit untuk kemenangan 21-9 bagi mengheret perlawanan ke set penentuan.

Malang menimpa Malaysia apabila Teoh Lexuan ketika set penentuan pada kedudukan 8-11 terpaksa menarik diri akibat kecederaan sekali gus memberikan kemenangan kepada Thailand.

Teoh Lexuan diberikan bantuan pegawai perubatan.
Teoh Lexuan diberikan bantuan pegawai perubatan.

Sebagai rekod, edisi Universiade Taipei 2017, Malaysia turut merangkul satu pingat gangsa menerusi acara beregu lelaki manakala beregu wanita gagal menyumbang sebarang pingat.