Perkahwinan Aziz M Osman, Puteri Lily berakhir selepas 13 tahun

Rumah tangga pengarah Aziz M Osman dengan isteri, Puteri Lily Lokman yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai.
Rumah tangga pengarah Aziz M Osman dengan isteri, Puteri Lily Lokman yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai.
A
A
A

RUMAH tangga pengarah Aziz M Osman dengan isteri, Puteri Lily Lokman yang dibina 13 tahun lalu akhirnya terlerai.

Berita mengejut itu didedahkan sendiri oleh Puteri Lily menerusi hantaran di Instagram Story, pada Ahad.

Puteri Lily berkata, dia perlu membuat pendedahan bagi mengelak timbulnya fitnah.

“Assalamualaikum kepada ahli keluarga dan kawan rapat, ramai yang bertanya tentang status hubungan saya dengan Aziz.

“Saya dengan rendah diri ingin menyampaikan berita.. Saya dengan Aziz sudah berpisah dengan cara baik bulan lalu,” tulisnya dalam media sosial.

Puteri Lily berkata, dia dan Aziz berpisah secara baik, awal bulan lalu.

"Secara rasminya, saya dan Aziz berpisah dengan cara baik awal bulan lalu dan tiada kaitan orang ketiga.

"Ditakdirkan jodoh kami sampai di sini, tetapi kami masih mempunyai hubungan baik demi anak-anak," katanya.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga sejak 6 Jun 2010 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak.

Untuk rekod, perkahwinan tersebut merupakan kali ketiga buat Aziz yang sebelum itu pernah bergelar suami kepada pelakon, Nor Aliah Lee dan memiliki enam anak.

Selepas berpisah dengan Nor Aliah Lee, Aziz berkahwin pula dengan Nor Radhiah pada 4 April 2008.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!