Guardiola kecewa peraturan baharu masa kecederaan

Guardiola - Foto AFP
Guardiola - Foto AFP
A
A
A

PEP Guardiola mempersoalkan peraturan baharu masa kecederaan selepas Manchester City melepaskan gol pada minit ke-101 ketika tewas kepada Arsenal dalam aksi Perisai Komuniti.

Jaringan Cole Palmer pada minit ke-77 tampak sudah cukup untuk City memenangi trofi itu, tetapi Leandro Trossard menyamakan kedudukan 11 minit memasuki masa kecederaan dan Arsenal mengambil kesempatan untuk menang menerusi sepakan penalti.

Pada awalnya, pengadil hanya memberikan lapan minit masa tambahan tetapi ia dilanjutkan selepas pertembungan di udara antara Kyle Walker dan Thomas Partey.

“Ia tidak menjengkelkan, kami perlu membiasakan diri dengan peraturan baharu ini.

“Saya mempunyai perasaan berbeza, bukan kerana kami menang 1-0. Tetapi, ia hanya fakta yang saya rasa bahawa masa tidak sepatutnya berlanjutan selama lapan minit.

“Tetapi ia adalah soalan yang baik untuk Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa yang mengarahkan perubahan peraturan kerana mereka tidak berunding dengan pengurus, mereka tidak berunding dengan pemain.

“Apa pendapat mereka, kita kena terima dan kita kena buat.

"Apa yang mereka putuskan, kami perlu menerimanya. Kini perlawanan akan berlangsung 100 minit, saya pasti mengenainya. Ia tidak pernah berlaku hari ini dan ia lapan minit, bayangkan jika mereka menambah masa untuk gol dan setiap kali anda menjaringkan gol dalam satu perlawanan jadi 4-3. Anda menambah 30 saat, 45 saat bagi tujuh gol, jam 9 pagi esok saya masih berada di sini untuk bermain," katanya.

Dalam pada itu, pengendali Arsenal, Mikel Arteta turut menyatakan peraturan baharu itu mungkin mengecewakan selepas beliau dilayangkan kad kuning kerana mempersoalkan keputusan pengadil.

"Saya hanya berkata, 'saya tidak boleh mengubah sikap dalam tiga hari. Ia satu perkara yang sukar untuk dilakukan dan saya faham selepas ini kami tidak boleh kata esok kami bermain tanpa ofsaid.

"Kami cuba sebaik mungkin. Saya faham peraturan dan dari mana ia datang. Kadang-kadang kami kecewa kerana kami tidak tahu di bahagian mana kawasan teknikal kami berada. Tidak mengapa. Kami akan menyesuaikan diri dengannya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!