'Makcik itu sudah nyanyuk dan keluarganya juga minta padam video'
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menasihatkan semua pihak tidak menjadikan video seorang warga emas yang mendakwa UMNO adalah kafir sebagai modal politik.
Beliau difahamkan warga emas tersebut sudah nyanyuk dan keluarganya juga sudah meminta supaya video tersebut dipadamkan.
"Tidak sepatutnya kita ambil kesempatan. Orang Pas ni ada 1 juta lebih...takkan kita nak ambil satu kenyataan dan orang ini (makcik) tiada apa-apa jawatan.
"Macam mana kalau saya kata orang UMNO merompak, orang UMNO tak betullah...jangan terlalu kita ni murah menggunakan isu murahan untuk berpolik," ujarnya.
Mohd Amar berkata demikian menjelaskan isu seorang warga emas yang merupakan penyokong parti Pas dipercayai mengkafirkan parti lain dalam sebuah video tular baru-baru ini.
Menurut beliau, sekiranya itu dikeluarkan oleh pemimpin Pas yang mempunyai jawatan perkara tersebut akan menjadi besar.
Katanya, disebabkan ia dikeluarkan oleh seorang warga emas maka ia bukan satu isu.
Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!