Tiga rakyat Palestin mati ditembak di Tebing Barat
RAMALLAH - Tiga pemuda Palestin mati ditembak tentera Israel berhampiran bandar Arraba di wilayah Jenin, Tebing Barat pada Ahad, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
Sementara itu, tentera Israel mendakwa bahawa pasukannya telah menumpaskan sebuah "kumpulan bersenjata" di kawasan Jenin, di utara Tebing Barat, lapor Agensi Anadolu.
Insiden itu berlaku beberapa jam selepas seorang anggota polis Tel Aviv terbunuh dalam satu serangan tembakan.
Suspek penyerang Palestin turut dibunuh oleh pegawai Israel yang lain.
Sejak awal tahun ini, Tebing Barat berulang kali menyaksikan serbuan tentera Israel bagi memberkas warga Palestin yang "dikehendaki". - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!