PN potensi menang jika 80 peratus keluar mengundi

Badrul Hisham Shaharin
Badrul Hisham Shaharin
A
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin Muafakat Nasional (MN) meramalkan kemenangan majoriti mudah kepada Perikatan Nasional (PN) Selangor jika jumlah peratusan keluar mengundi pada pilihan raya negeri (PRN) melebihi 80 peratus.

Pengerusi MN Negeri Sembilan, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard berkata, jika jumlah peratusan mengundi adalah melebihi 80 peratus, PN mampu menang di Selangor pada PRN,12 Ogos ini.

"Pertama sekali ialah bagi kerajaan negeri Selangor saya percaya dan yakin (PN) mampu mencapai kemenangan) dengan syarat semua (pengundi) keluar mengundi beramai ramai.

"Jika peratusan mengundi melebihi 80 peratus saya percaya PN akan mendapat dua pertiga dari kerajaan negeri Selangor, dengan syarat semua keluar beramai-ramai dan jika tidak kita kena berusaha kuat lagi," katanya.

Badrul Hisham ditemui pemberita pada Majlis Sidang Media Khas 'Skandal MB Selangor' diadakan di Pejabat Pas Negeri Selangor di Seksyen 13 di sini pada Isnin.

Dalam sidang media tersebut, beliau berkata, terdapat tiga lagi isu besar berkait pemimpin politik dan penyalahgunaan kuasa akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat.

"Ada tiga isu dalam tempoh 48 jam ini saya akan cuba selesaikan, selesaikan kerja rumah saya dan saya akan membentangkannya. Ini sebenarnya lebih mengejutkan," katanya pada majlis berkenaan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!