Aura BN jadi kekuatan PH - Khalid

Khalid (tiga dari kiri) ketika sidang media memperkenalkan calon Amanah pada Isnin.
Khalid (tiga dari kiri) ketika sidang media memperkenalkan calon Amanah pada Isnin.
A
A
A

KOTA BHARU - Aura Barisan Nasional (BN) menjadi kekuatan untuk menarik pengundi Melayu pada pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan pada 12 Ogos ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Khalid Abdul Samad bagaimanapun berkata, gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) turut membuktikan mesej berbilang kaum rakyat negara ini.

Beliau yakin gabungan PH-BN akan memberi manfaat kepada rakyat negara ini sesuai dengan konsep Kerajaan Madani kini.

"Gabungan ini sudah saling melengkapi dan menggambarkan perpaduan sebenar supaya lebih dikenali dan disegani," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media harian calon Amanah di sini pada Isnin.

Ditanya adakah PH bersandarkan kepada BN untuk menang PRN Kelantan, beliau berpendapat, penyatuan PH-BN mempunyai potensi yang dapat membangunkan negara.

"Penyatuan ini merupakan perancangan semulajadi ALLAH SWT dan BN juga boleh membangunkan Islam," katanya.

Pada sidang media itu, empat calon Amanah diperkenalkan iaitu Rushdan Mustapha yang bertanding di DUN Pengkalan Pasir, Ir Mohd Azizan Razak (DUN Kadok), Abdul Kadir Othman (DUN Temangan) dan Datuk Dr Samsu Adabi (DUN Bukit Panau).

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!