Hasrat pupuk nilai keamanan, keharmonian dalam masyarakat

Amirudin (depan; tiga dari kiri) ketika mengaminkan doa bacaan Habib Nael Ben Taher pada Ahad
Amirudin (depan; tiga dari kiri) ketika mengaminkan doa bacaan Habib Nael Ben Taher pada Ahad
A
A
A

GOMBAK - Kerajaan Selangor akan memperluaskan program keagamaan merangkumi pengajian ilmu, zikir dan selawat kepada seluruh masyarakat Islam di negeri ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peluasan program seumpama itu mampu mencapai hasrat pentadbiran negeri untuk menjadikan Selangor sebagai sebuah negeri yang aman, damai serta memupuk nilai-nilai harmoni.

Datuk Seri Amirudin Shari
Datuk Seri Amirudin Shari

Ketika berucap dalam program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’, di Selayang Mutiara di sini pada Ahad malam, beliau menyatakan prinsip keamanan serta kedamaian merupakan perkara yang dititikberatkan dalam ajaran Islam.

“Saya rasa bersyukur ke hadrat Ilahi kerana beberapa program (selawat dan zikir) yang kita telah laksanakan di peringkat negeri sudah mula kita luaskan ke bawah (semua peringkat).

“Insya-ALLAH, kita akan kembangkan di seluruh Selangor,” katanya dalam program tersebut yang turut dihadiri pendakwah bebas antaranya Habib Nael Ben Taher, Ustaz Husaini Mahmur dan Ustaz Arif.

Habib Nael Ben Taher (kiri) bersama barisan barisan pendakwah dalam program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’ di Dataran Niaga, Selayang Mutiara pada Ahad
Habib Nael Ben Taher (kiri) bersama barisan barisan pendakwah dalam program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’ di Dataran Niaga, Selayang Mutiara pada Ahad

Melihat sambutan menggalakkan dalam kalangan umat Islam, Amirudin turut menyatakan bahawa kerajaan negeri akan memperkasakan lagi majlis ‘Darul Ehsan Berselawat’ yang diadakan kerajaan negeri sebelum ini ke peringkat daerah-daerah supaya rakyat Selangor sentiasa mengingati serta mencintai junjungan besar, Nabi Muhammad SAW.

Dalam pada itu, Amirudin menyatakan amalan berzikir dan berselawat ke atas Nabi Muhammad merupakan antara pendekatan untuk mengembangkan pembangunan negeri mengikut acuan seperti yang terkandung surah al-Balad di dalam al-Quran.

Antara pengunjung yang hadir dalam program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’ di Dataran Niaga, Selayang Mutiara pada Ahad
Antara pengunjung yang hadir dalam program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’ di Dataran Niaga, Selayang Mutiara pada Ahad

"Surah al-Balad menyentuh soal pembinaan negara atau negeri yang mana menghuraikan beberapa isyarat tentang kedudukan mulia kota Makkah.

“Ia turut menjelaskan bahawa manusia diciptakan dengan kudrat serta memiliki kemampuan untuk menghadapi segala kesulitan yang ditimpakan kepadanya sejak lahir lagi.

“Melalui cara ini kita mengharapkan negeri Selangor dapat digambarkan sebagaimana surah al-Balad, iaitu tentang sebuah kota. Sebuah kota yang menjadi impian Nabi Muhammad SAW sewaktu belum berhijrah dari bumi Makkah,” ujarnya.

Mengulas mengenai program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’, Amirudin berharap ia dapat memberi manfaat sekali gus membentuk kesedaran ukhuwah sesama umat Islam di negara ini khususnya di Selangor tanpa mengira latar belakang, umur dan ideologi.

Antara pengunjung yang hadir dalam program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’ di Dataran Niaga, Selayang Mutiara pada Ahad
Antara pengunjung yang hadir dalam program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’ di Dataran Niaga, Selayang Mutiara pada Ahad

“Program seumpama ini mengingatkan kita betapa pentingnya ukhuwah atau persaudaraan dipelihara demi menjamin perpaduan masyarakat kita yang hidup dalam keadaan penuh mencabar pada hari ini,” jelasnya.

Program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’, dianjurkan dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan iaitu Perpaduan Gombak, Generasi Gombak serta Raudhatul Quran.

Selain selawat, program yang dihadiri ratusan umat Islam itu turut disusuli dengan bacaan ayat suci al-Quran dan diserikan lagi nyanyian nasyid dari kumpulan Inteam.

Isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) turut serta berselawat beramai-ramai di program ‘Gombak Berselawat, Malam Cinta Rasul’ di Dataran Niaga, Selayang Mutiara pada Ahad

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!