Saya tidak sehebat Khalid Ibrahim atau Azmin Ali - Amirudin

Amirudin dalam Podcast Keluar Sekejap (KS) yang disiarkan pada Isnin.
Amirudin dalam Podcast Keluar Sekejap (KS) yang disiarkan pada Isnin.
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengkui dirinya tidak sehebat menteri besar terdahulu seperti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ataupun Datuk Seri Azmin Ali.

“Saya terima realiti nama saya tidak sehebat khalid ataupun azmin, itu realiti pertama yang harus saya tanam dalam fikiran.

“Dan kedua kita kena bekerja sebagai satu pasukan, pendekatan yang saya buat rasa beza dengan Khalid dan Azmin, saya jarang memperkenalkan diri saya, sebalik saya membawa nama Selangor dan juga pasukan,” katanya dalam Podcast Keluar Sekejap (KS) yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Sufian Hamdan pada Isnin.

Beliau berkata, gerak kerja berpasukan itu salah satu perkara penting menjadi resepi penting untuk melaksanakan tugas.

“Saya juga letakkan keutamaan, saya pernah bekerjasama dengan KJ (Khairy Jamaluddin) dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sangat rapat malahan dengan Datuk Seri Hamzah Zainuddin juga beberapa kali saya adakan pertemuan.

“Saya tahu keutamaan ketika itu adalah untuk tangani kes Covid-19.

“Alhamdulillah di Malaysai ini kalau kita buat kerja bersungguh-sungguh elakkan kontroversi bukan-bukan orang akan hargai kalau bukan sekarang pun bila masa kita dah ‘tiada’.

Mengulas lanjut mengenai undian tertinggi yang diperoleh dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga membolehkan beliau dilantik menjadi timbalan presiden parti itu, Amirudin berkata perkara itu tidaklah mengejutkan sangat.

“Sebelum itu saya bertanding Majlis Pimpinan Pusat (MPP), di situ saya memang dah dapat undi tertinggi,” katanya

Jelasnya, posisi menteri besar sedikit memberikan kelebihan berbanding sekarang ada ramai menteri-menteri.

“Tetapi saya percaya ahli parti memilih melihat komitmen dan tugas kerana saya bermula daripada bawah.

“Saya bersama mereka tidur di bilik gerakan sampailah saya jadi menteri besar, wakil rakyat.

“Jadi sikap menyedari diri saya sebagai orang tidak ada nama itu mungkin meletakkan saya mudah terima oleh akar umbi,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!