Anwar santuni Ustaz Muhaizad

Anwar (tengah) bersama Ustaz Muhaizad (dua,kanan) bergambar bersama warga Madrasah Ribat Al-Musthofa, di Kampung Bagan Bawah, Pulai Condong, Machang pada Isnin.
Anwar (tengah) bersama Ustaz Muhaizad (dua,kanan) bergambar bersama warga Madrasah Ribat Al-Musthofa, di Kampung Bagan Bawah, Pulai Condong, Machang pada Isnin.
A
A
A

MACHANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni Ustaz Muhaizad atau Muhaizad Muhammad serta warga Madrasah Ribat Al-Musthofa, di Kampung Bagan Bawah, Pulai Condong, di sini pada Isnin.

Anwar yang memakai baju Melayu berwarna biru muda tiba ke madrasah berkenaan pada jam 6.47 petang.

Ahli Parlimen Tambun itu kemudian menghadiri taklimat ringkas bersama warga kepimpinan madrasah berkenaan.

Selepas itu Anwar bersama rombongan menikmati makan malam sebelum menunaikan solat Maghrib berjemaah serta berselawat.

Sementara itu, Anwar ketika ditemui pemberita secara ringkas berkata, kehadiran beliau ke sini untuk menziarah sahabat-sahabat tok-tok guru.

"Ini merupakan rutin saya setiap kali turun padang," katanya.

Dalam pada itu, Muhaizad dalam ucapan mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri.

"Kedatangan Perdana Menteri merupakan salah satu nikmat persaudaraan agama dan bangsa.

"Terima kasih kerana sudi melawat kami dan ia sesuatu yang menggembirakan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!