Surat tawaran palsu, JBPM Pahang buat laporan polis

Surat tawaran membekal katil dua tingkat dan tilam asrama bomba (Daerah Kuantan) palsu yang diedarkan kepada pembekal perabot sejak Ahad.
Surat tawaran membekal katil dua tingkat dan tilam asrama bomba (Daerah Kuantan) palsu yang diedarkan kepada pembekal perabot sejak Ahad.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang membuat laporan polis selepas menerima aduan penularan surat 'Tawaran Membekal Katil Dua Tingkat dan Tilam Asrama Bomba (Daerah Kuantan)' yang diedarkan kepada pembekal perabot sejak Ahad.

Pegawai Perhubungan Awam JBPM Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya mengesahkan dokumen tersebut dipalsukan dan tidak menolak kemungkinan ia digunakan 'scammer' sebagai modus operandi untuk menipu dan memperdaya pihak terlibat.

Menurutnya, pemalsuan dokumen kerajaan itu berpotensi mengelirukan pihak berkaitan sehingga boleh mendatangkan kerugian.

"Pihak bomba menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan modus operandi terbaru scammer itu.

"Sekiranya ada pihak yang terkesan dengan penipuan menggunakan nama agensi kerajaan itu diminta segera melaporkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!