PRN: Dijangka 100 peratus anggota IPD Pasir Puteh keluar mengundi

Zaizul Rizal (kanan) menunjukkan jari beliau kepada pegawai dan anggota sebagai tanda orang pertama yang melakukan pengundian seawal jam 8.05 pagi di IPD Pasir Puteh.
Zaizul Rizal (kanan) menunjukkan jari beliau kepada pegawai dan anggota sebagai tanda orang pertama yang melakukan pengundian seawal jam 8.05 pagi di IPD Pasir Puteh.
A
A
A

PASIR PUTEH - Walaupun sibuk dengan tanggungjawab menjaga keamanan, seramai 258 anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh di sini tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai pemilih pada hari pengundian awal yang berlangsung pada Selasa.

Proses itu sekali gus menyaksikan 100 peratus anggota keluar untuk berbuat demikian.

Daripada jumlah tersebut Dewan Undangan Negeri (DUN) Limbongan menyaksikan pengundi paling ramai iaitu 212 orang, Semerak (27), Gaal (14) dan Selising (5).

Menariknya, Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria menjadi pegawai pertama yang membuang undi seawal jam 8.05 pagi.

Beliau ketika ditemui berkata, kehadiran anggota melaksanakan tanggungjawab tersebut adalah 100 peratus.

"Setakat ini tidak ada yang cuti sakit dan sebagainya.

"Alhamdulillah seawal jam 7.45 pagi lagi, pegawai dan anggota telah beratur untuk menunaikan tanggungjawab ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!