Chelsea intai kelibat Neymar
CHELSEA dilaporkan giat berunding dengan Paris Saint Germain (PSG) untuk mendapatkan khidmat pemain sensasi, Neymar menjelang saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini.
Bintang Brazil itu dilaporkan meminta untuk keluar dari PSG dan hasrat tersebut sudah dimaklumkan kepada kelab, lapor RMC Sport.
The Blues sudah berhubung dengan wakil pemain itu untuk kemungkinan perpindahan pada musim panas ini.
Bagaimanapun Chelsea masih menanti permohanan rasmi Neymar untuk berhijrah bagi proses urusan kontraknya.
Chelsea akan menerima kunjungan Liverpool di Stamford Bridge bagi aksi pembukaan EPL pada Ahad.
Peluang Chelsea untuk mendapatkan Neymar adalah cerah susulan Barcelona dilaporkan sudah tidak berminat dengan pemain berusia 31 tahun itu.
Neymar difahamkan ingin kembali bersama Barcelona tetapi RMC melaporkan pemain itu boleh berubah fikiran beralih ke kelab EPL.
Chelsea sudah dikaitkan dengan Neymar pada 2022, namun The Blues dilihat lebih fokus mendapatkan pemain lain.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!