PRN: Tak salah kalau Pas nak meroyan - Anwar
08 Ogos 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 8 OGOS 2023
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan kefahaman Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkait Perlembagaan negara apabila mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Persekutuan akan berubah jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) di kesemua enam negeri pada Sabtu ini.
Beliau berkata, penubuhan kerajaan pusat itu tertakluk kepada Perlembagaan yang memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua per tiga daripada ahli-ahli Parlimen.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani Kelantan di Batang Merbau, di Tanah Merah pada Isnin.
Artikel: https://go.sinar.la/3KxTEoN
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa