PH-BN tiada masalah kekal di Selangor - Penganalisis
SHAH ALAM - Kerajaan Perpaduan menerusi kerjasama Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Selangor dijangka tidak berdepan masalah besar untuk kekal mentadbir di negeri itu meskipun berkemungkinan kehilangan satu atau dua kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
Penganalisis politik, Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, pertembungan sengit hanya melibatkan beberapa kerusi terutama di kawasan Parlimen kerajaan tewas pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) seperti Sabak Bernam, Tanjong Karang, Sungai Besar dan Kapar.
"Jangkaan kemenangan PH-BN berdasarkan beberapa faktor antaranya peratusan keluar mengundi yang mungkin dalam 65 hingga 70 peratus sahaja berbanding 74 peratus pada PRU15.
"Pengundi muda yang dikatakan mencetus tsunami semasa PRU15 sudah memahami isu-isu yang berkaitan dengan politik. Mereka akan mengundi berdasarkan kematangan dan kestabilan politik," katanya kepada Sinar Harian.
Sinar Harian pada Ahad lalu melaporkan kaji selidik Institut Penyelidikan Endeavour-MGC (EMGC) yang mendapati trend pilihan pengundi pada PRN di Selangor mungkin tidak jauh berbeza dengan corak pengundian semasa PRU15.
Ini kerana firma tersebut mendapati sebanyak 62 peratus responden kerusi marginal (majoriti tipis) semua kaum dan 52 peratus pengundi kerusi marginal Melayu sahaja di negeri itu mengakui akan mengundi PH pada PRN, 12 Ogos ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Pola undi hampir sama dengan PRU15
Kajian EMGC: Apa pilihan pengundi DUN Selangor?
Kerjasama PH-BN diterima ramai
PRN: 61 peratus responden memilih parti
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!