Pengundian awal anggota PDRM
Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal khas selepas menunaikan tanggungjawab mengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN15), hari ini.
Anggota Polis Diraja Malaysia (dari kiri) Lans Koperal Anisa Aelda anak Karlo, 30, Koperal Noorizan b Mohamed Zawawi, 37, Lans Koperal Nur Khairiah Othman, 28, dan Koperal Nadia Mohd Faizal, 30, menunjukkan jari mereka setelah menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah (IPK) hari ini.
Anggota Polis Trafik menunjukkan jari mereka setelah menunaikan tanggungjawab pada proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kedah (IPK) hari ini.
Anggota Polis Diraja Malaysia beratur untuk mengundi pada proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pusat Pengundian Awal Dewan D'Ceranan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
Anggota Polis Diraja Malaysia Koperal Abdullah Sidee Mohamed, 35, yang cacat penglihatan dibantu petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ketika proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor hari ini.
Gelagat Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) berswafoto dengan jari yang mempunyai kesan calitan dakwat kekal selepas proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kem Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA), Pengkalan Chepa hari ini.
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membantu dan memudahkan pergerakan anggota polis yang berkerusi roda akibat masalah kesihatan bersemangat hadir untuk manunaikan tanggungjwabnya sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri Selangor di Dewan D'Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor hari ini.
A
A
A
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!