PRN: Kelantan catat peratusan tertinggi keluar undi awal

Petugas SPR membantu dan memudahkan pergerakan anggota polis yang berkerusi roda akibat masalah kesihatan bersemangat hadir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri Selangor di Dewan D'Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. - Foto Bernama
Petugas SPR membantu dan memudahkan pergerakan anggota polis yang berkerusi roda akibat masalah kesihatan bersemangat hadir untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi awal sempena Pilihan Raya Negeri Selangor di Dewan D'Cerana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Kelantan mencatatkan peratusan tertinggi pengundi keluar mengundi awal bagi pilihan raya negeri di enam negeri iaitu sebanyak 63 peratus setakat jam 11 pagi tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman Facebook pada hari ini.

SPR berkata, Kedah merekodkan peratus pengundi keluar mengundi awal sebanyak 61 peratus iaitu berada di tempat kedua.

"Negeri Sembilan pula mencatatkan sebanyak 60 peratus diikuti Terengganu dan Pulau Pinang masing-masing 59 peratus dan Selangor dengan jumlah 55 peratus.

"Bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu, peratusan undi awal setakat jam 11 pagi mencatatkan sebanyak 53 peratus," katanya.

Pengundian awal di enam negeri yang diadakan pada hari ini melibatkan 97,388 pengundi terdiri daripada anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan polis bersama pasangan masing-masing menunaikan tanggungjawab mereka.

Pengundian awal turut melibatkan PRK Parlimen Kuala Terengganu susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun membatalkan kemenangan calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!