Bawa telefon pintar hingga ke dalam kubur

No Image Caption
A
A
A

SURVEI yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menunjukkan terdapat sebanyak 28.7 juta pengguna internet di negara ini pada tahun lalu.

Jumlah itu mewakili 87.4 peratus penduduk dan baki 12.6 peratus ialah rakyat Malaysia yang tidak menggunakan internet.

Berbanding dua tahun sebelumnya, pengguna internet hanyalah seramai 24.5 juta orang.

Berdasarkan survei itu juga, pengguna berusia 20 tahun paling lama melayari internet iaitu 8 jam sehari, 30 tahun (7.3 jam), bawah 20 tahun (6.7 jam), 40 tahun (5.9 jam), 50 tahun (4.5 jam), 60 tahun dan ke atas (3.7 jam).

Dapatan survei menunjukkan telefon pintar adalah alat paling utama dalam mengakses internet iaitu 93.1 peratus, berbeza dengan laptop sebanyak 44.2 peratus, desktop (28.1 peratus), tablet (20.4 peratus) dan lain-lain lagi.

Komunikasi melalui teks mendominasi aktiviti online iaitu 96.5 peratus, melawati media sosial (85.6 peratus), mendapatkan maklumat (85.5 peratus), menonton video (77.6 peratus), berkaitan kerja (61.9 peratus) dan lain-lain lagi.

Komunikasi WhatsApp mencatat jumlah yang tinggi iaitu 98.1 peratus.

Pada tahun ini, dijangka pengguna meluangkan masa lebih panjang di internet dan ia akan berlaku dengan lebih drastik.

Artikel Berkaitan:

Jika dilihat pada pandangan mata kasar ia menunjukkan trend seiring.

Pergilah ke mana-mana restoran, jika anda melihat tiada sesiapa yang asyik dengan gajet sendiri, maka ia adalah suatu pemandangan yang janggal.

Fenomena ibu bapa yang asyik dengan telefon manakala anak-anak terlopong adalah situasi biasa yang dapat dilihat.

Itu di restoran, situasi di rumah wallahualam!

Paling dahsyat ialah sambil memandu, kita boleh perhatikan ada pemandu yang leka dengan telefon bimbit masing-masing.

Jika dulu ketika di lampu isyarat apabila kenderaan tidak bergerak walaupun lampu isyarat sudah hijau, kita dapat mengagak mungkin pemandunya terlelap atau pun keretanya rosak.

Tapi kini situasinya ialah pemandu khusyuk dan tawadduk menunduk ke bawah, sambil jari jemari pantas menekan skrin. Begitulah situasi yang berlaku di negara kita ketika ini.

Jangan sampai bila anda mati, anda dikebumikan bersama telefon bimbit ke dalam liang lahad.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!