PSG tambah bisa serangan

Ramos menyertai PSG secara pinjaman selama setahun. - Foto Agensi
Ramos menyertai PSG secara pinjaman selama setahun. - Foto Agensi
A
A
A

PARIS Saint-Germain (PSG) menambah bisa di jentera serangan apabila membawa masuk penyerang Portugal, Goncalo Ramos dari Benfica secara pinjaman setahun dengan pilihan untuk dibeli.

Perpindahan tersebut diumum oleh juara Perancis itu menerusi satu kenyataan pada Isnin.

Pemain berusia 22 tahun itu lahir daripada akademi kelab Portugal tersebut dan menjaringkan 19 gol daripada 30 perlawanan liga musim lalu.

“Ia satu detik kebanggaan dan kegembiraan yang tidak terhingga untuk menyertai PSG,” ujar Ramos.

Ramos melakar sensasi pada Piala Dunia Qatar 2022 apabila meledak hatrik dan melakukan satu umpanan gol dalam kemunculan pertamanya di pentas antarabangsa ketika menang pada pusingan 16 terakhir ke atas Switzerland.

“PSG adalah salah satu kelab terbesar di dunia dan memiliki skuad terbaik,” ujar Ramos.

Kelab tersebut sebelum ini membawa masuk pertahanan Perancis, Lucas Hernandez dan penyerang Sepanyol, Marco Asensio.

PSG akan membuka kempen Ligue 1 dengan melayan kunjungan Lorient pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!