Aminuddin akan luang masa lawat bekas pembantu peribadi

Laporan Sinar Harian mengenai hasrat Hairul anuar yang ingin berjumpa
Laporan Sinar Harian mengenai hasrat Hairul anuar yang ingin berjumpa
A
A
A

SEREMBAN - Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun memaklumkan yang beliau akan meluangkan masa melawat bekas pembantu peribadinya yang kini terlantar sakit akibat strok sejak dua tahun lalu.

Menurutnya, keluarga Hairul Anuar Hashim memberitahu, yang mereka terlupa untuk memanjangkan hasrat lelaki terbabit untuk bertemu beliau.

"Berlaku masalah komunikasi. Saya telah berhubung dengan keluarganya dan mereka memaklumkan dia(Hairul Anuar) ada beritahu nak berjumpa saya sebelum penamaan calon lagi.

"Tapi keluarga terlupa untuk maklumkan tentang niatnya kepada saya. Insya-ALLAH saya akan cari masa berjumpa dengannya," katanya.

Katanya, meskipun masih belum berkesempatan berjumpa dengan bekas pembantunya itu namun beliau sentiasa menghantar pegawai dan rakan-rakan daripada parti untuk membantunya.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Hairul Anuar sangat berharap Aminuddin dapat menjenguknya bagi membantu memulihkan semangatnya yang kini sedang sakit.

Malah isterinya Azlina Ali, 50, berkata, suami beberapa kali berkongsi luahan hatinya mahu berjumpa dengan Aminuddin yang pernah susah bersama-sama ketika awal perjuangannya dalam Parti Keadilan Raktya (PKR) dahulu.

Menurutnya, suaminya mula bekerja dengan penyandang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat itu pada tahun 2008 sehingga 2015.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!