Cuaca panas terik dijangka berterusan di Jepun

Amaran strok haba telah dikeluarkan di 26 daripada 47 wilayah Jepun dengan cuaca panas dijangka berterusan pada Selasa.- Gambar hiasan
Amaran strok haba telah dikeluarkan di 26 daripada 47 wilayah Jepun dengan cuaca panas dijangka berterusan pada Selasa.- Gambar hiasan
A
A
A

TOKYO - Agensi cuaca Jepun berkata cuaca panas terik dijangka berlaku di wilayah Jepun yang lebih luas pada Selasa, mendorong peningkatan suhu melebihi 35 darjah Celsius, lapor Xinhua.

Agensi Meteorologi Jepun (JMA) berkata, udara panas daripada ribut tropika Khanun dan fenomena Foehn di kawasan sepanjang pantai Laut Jepun berkemungkinan menyebabkan suhu meningkat.

Suhu setinggi 38 darjah Celcius pada waktu siang diramal berlaku di bandar Joetsu dan Nagaoka di wilayah Niigata manakala suhu 36 darjah melanda bandar Akita, Fukui dan Tottori, kata JMA.

Sementara itu, pegawai cuaca berkata, amaran strok haba telah dikeluarkan di 26 daripada 47 wilayah Jepun dengan cuaca panas dijangka berterusan pada Selasa.

Orang ramai digesa untuk mengelak daripada keluar rumah jika tiada urusan penting, menggunakan pendingin hawa dengan sewajarnya dan kekal terhidrat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!