Serangan hanya lonjakan sokongan terhadap Sanusi - Penganalisis

Muhammad Sanusi. (Gambar kecil: Datuk Dr Jeniri Amir)
Muhammad Sanusi. (Gambar kecil: Datuk Dr Jeniri Amir)
A
A
A

SHAH ALAM - Serangan terhadap Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sejak kebelakangan ini dilihat hanya akan melonjakkan sokongan terhadap Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu.

Felow Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir berkata, walaupun pada hakikatnya dakwaan dan serangan yang dilakukan itu tidak tahu sejauh mana kebenarannya, namun ia membuktikan Sanusi ialah satu figura yang perlu dikekang pengaruh serta popularitinya.

Menurutnya, Menteri Besar Kedah itu juga bijak dalam strategi komunikasi politiknya hinggakan dikenali di seluruh negara.

“Dalam keadaan begitu, pihak lawan akan mencari cara bukan sahaja untuk menyerang, tetapi dengan niat untuk memastikan popularitinya tidak terus mencanak.

“Sudah pasti dalam kalangan penyokong Sanusi sendiri, ini akan terus melonjakkan sokongan mereka terhadap beliau. Apabila seorang pemimpin itu diserang dan mendapat populariti yang tinggi, maka penyokongnya akan jadi semakin kuat,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, Jeniri berkata, bagi orang biasa atau bukan penyokong mana-mana parti, serangan terhadap Sanusi mungkin akan memberi kesan kepada imej dan organisasinya iaitu Pas serta PN.

Menurut beliau, ia akan menjadi lebih buruk jika serangan itu disertai dengan bukti.

“Bagi rakyat biasa, mereka mungkin akan terpengaruh dengan serangan itu, seolah-olah Sanusi memang bersalah dengan pendedahan demi pendedahan, lebih-lebih lagi menjelang PRN (pilihan raya negeri) ini,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan:

Dalam keadaan ini katanya, Menteri Besar Kedah itu boleh bertindak balas secara rasional dengan mengemukakan bukti dan bukannya serangan bercorak peribadi.

Jelasnya, adalah tidak munasabah untuk Sanusi berdiam diri jika diserang bertubi-tubi dan beliau perlu mempertahankan diri kerana mungkin akan ada yang menganggap dakwaan itu sesuatu yang betul.

“Fakta perlu lawan dengan fakta, dengan itu beliau boleh dilihat ada kredibiliti. Kalau tidak, imej atau prestasinya akan rosak kalau terus berdiam diri,” jelasnya.

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!



ARTIKEL BERKAITAN:Sanusi mohon maaf, perjelas dakwaan ’direhatkan’

Saya memang mangsa keadaan - Sanusi

Tindakan saman Sanusi untuk pertahan diri - Amirudin

Vincent Tan saman Sanusi RM200 juta

Sanusi mungkin 'terperangkap' dalam kesesakan - Ayob Khan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!