Kenderaan polis bawa suspek dadah terlibat kemalangan

Mitshubishi Storm milik pasukan JSJN IPK yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Wisma Persekutuan Kota Bharu semalam. (Gambar kecil:Abdul Rahim Daud)
Mitshubishi Storm milik pasukan JSJN IPK yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Wisma Persekutuan Kota Bharu semalam. (Gambar kecil:Abdul Rahim Daud)
A
A
A

KOTA BHARU - Empat anggota polis dan seorang suspek kes dadah cedera selepas kenderaan dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Persimpangan Wisma Persekutuan di sini semalam.

Kejadian berlaku pada jam 1.45 pagi membabitkan pegawai dan anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan yang sedang bertugas dalam operasi narkotik dengan menaiki sebuah pacuan empat roda jenis Mitshubishi Storm.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, semasa kejadian kenderaan itu dari arah Jalan Bayam menghala ke IPK Kelantan.

“Ketika melintasi simpang empat lampu isyarat Persimpangan Wisma Persekutuan, tiba-tiba sebuah kereta jenis BMW X5 datang dari arah Jalan Berek 12 menghala ke Dusun Muda.

“Kenderaan pasukan yang dipandu seorang anggota berpangkat konstabel itu gagal mengelak lalu berlaku rempuhan pada pintu sebelah penumpang hadapan BMW berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata, akibat kemalangan tersebut kesemua yang berada di dalam kenderaan itu mengalami kecederaan.

“Lima mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan dengan menaiki ambulans sejurus kejadian.

“Manakala pemandu dan penumpang kereta berkenaan berusia 53 dan 57 tahun pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!