Gempa bumi landa Tonga, Filipina
BEIJING - Gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter menggegarkan Tonga pada 1838 GMT waktu tempatan Selasa, menurut Kajian Geologi AS (USGS).
Pusat gempa dengan kedalaman 58 kilometer ditentukan pada 15.25 darjah selatan dan 173.17 darjah barat, lapor Xinhua.
Sementara itu, satu lagi kejadian gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter menggegarkan 28 km Pondaguitan, Filipina, pada 0057 GMT Rabu, menurut USGS.
Pusat gempa, dengan kedalaman 58.2 km, ditentukan pada 6.48 darjah utara dan 126.40 darjah timur. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!