vivo Y78 5G dipenuhi ciri kesempurnaan pada harga berbaloi

No Image Caption
A
A
A

Jika anda mencari kesempurnaan pada sebuah telefon pintar namun pada harga yang munasabah, vivo Y78 5G adalah pilihan paling tepat untuk anda.

Ini kerana vivo Y78 5G ialah satu-satunya telefon pintar dalam industri yang menggabungkan paparan melengkung AMOLED dengan kamera 64MP OIS dan semuanya pada harga RM1500 ke bawah. Kebiasaanya dengan segala penampilan seumpama itu hanya terdapat pada peranti pintar kelas ‘kayangan’ sahaja.

Itulah kelebihan dan jawapan kenapa anda perlu memiliki vivo Y78 5G ini yang ditawarkan pada harga RM1,399 sahaja.

Kamera 64MP OIS Anti Shake memenuhi keinginan pengguna

Dalam julat harga yang sama, vivo Y78 5G menawarkan kedua-dua OIS dan 64MP, tidak seperti pesaing yang mungkin mempunyai jumlah piksel yang lebih tinggi tetapi kurang penstabilan atau mempunyai penstabilan tetapi berkompromi pada resolusi piksel.

No Image Caption

Oleh itu, vivo mengambil pendekatan berpusatkan pengguna, memandangkan pengguna menginginkan kedua-dua penstabilan dan jumlah piksel tinggi, yang merupakan satu cabaran untuk dicari dalam telefon pintar lain.

Artikel Berkaitan:

Jadi anda tak perlu lagi rasa risau tangan bergoyang ketika merakam gambar atau video kerana fungsi Kamera 64MP OIS Anti Shake ini akan menyelesaikan masalah itu. Enjoy saja mengambil gambar atau video dengan kualiti yang terjamin.

Ia mempunyai pelbagai ciri yang memberi manfaat kepada pengguna dari segi penstabilan dan menangkap imej dalam keadaan cahaya malap dan pemandangan malam. Selain itu ia turut dilengkapi dengan kamera potre (Bokeh)t 2MP dan kamera mikro (macro) 2MP.

Rekaan badan menawan dan warna menakjubkan

No Image Caption

Dengan reka bentuk menarik dan warna Dreamy Gold yang diilhamkan daripada senario matahari terbenam di Gold Coast Sepang yang amat menakjubkan. vivo Y78 5G ini pastinya akan mudah membuat hati anda tertawan kerana ia memberikan gaya tersendiri kepada pemiliknya.

Kelebihan reka bentuk skrin melengkung di mana dua lengkung menjadikan sisi lebih licin, memberikan rasa premium keseluruhan dan memenuhi keutamaan estetik pengguna. Ia dipadankan dengan kelangsingan reka bentuk ultra-slim pada 7.89mm. Anda jangan risau kerana skrin dua lengkung pada vivo Y78 5G ini tahan lasak sama seperti peranti pintar terunggul lain. Bahkan skrin dua lengkung ini juga tak senang pecah walaupun terjatuh.

No Image Caption

vivo Y78 5G adalah telefon kelas pertengahan pertama dengan Paparan Melengkung Ekstrem dan kadar penyegaran skrin AMOLED 120Hz pertama dalam julat harga ini. Ia juga ada kecerahan puncak setinggi 1,300nits.

Bateri bersaiz 5,000mAh dengan pengecasan pantas

vivo Y78 5G dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh. Pengecasan pula menyokong kuasa FlashCharge 44W melalui sambungan USB-C. Hanya dalam tempoh 15 minit ia boleh mengecas bateri peranti sebanyak 27 peratus dan untuk 30 minit pula ialah mampu mengecas bateri sehingga 49 peratus.

No Image Caption

Telefon ini menyediakan penstoran 8+256GB dan diiktiraf kalis percikan air IP54 serta sistem operasi FunTouch OS 13 digunakan pada vivo Y78 5G, berasaskan Android 13.

Teknologi 5G bakal melancarkan kehidupan anda bersama peranti pintar

Dengan dilengkapi teknologi 5G, ia pastinya memberikan kelebihan kepada para pengguna. Ini kerana dengan fungsi 5G ia akan menyambungkan sebilangan besar sensor dalam peranti pintar untuk hampir kesemua perkara melalui keupayaan untuk mengurangkan kadar data, kuasa dan mobiliti. Ia menyediakan penyelesaian sambungan yang laju dan kos rendah.

No Image Caption

vivo Y78 5G akan berada di pasaran bermula 5 Ogos sehingga 4 September 2023. Semasa jualan pertama, setiap pembelian vivo Y78 5G di e-stor rasmi, Shopee, Lazada & Tiktok berpeluang mendapatkan hadiah tersedia bernilai sehingga RM599, yang berupa Waranti perantii 180 hari termasuk Waranti Perlindungan Skrin selama 180 hari, earbud yang bernilai RM99,

Di samping itu juga anda boleh mendapat tambahan tiga bulan kod VIU Premium bernilai RM29.90. Kod akan dihantar bersama telefon.

Jadi bersedia untuk serbu ke kedai rasmi vivo Malaysia atau nantikan di plaform sosial media dengan klik pautan berikut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!