'FAM ada pelan B jika kerja penukaran rumput SNBJ tak sempat siap'

Stadium Nasional Bukit Jalil. (Gambar kecil: Mohd Firdaus)
Stadium Nasional Bukit Jalil. (Gambar kecil: Mohd Firdaus)
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah mempunyai pelan B sekiranya proses penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) tidak dapat disiapkan sebelum saingan Pestabola Merdeka bermula Oktober depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed berkata, badan induk itu juga sudah mempunyai beberapa venue pengganti kepada stadium utama negara tersebut untuk memastikan kejohanan Pestabola Merdeka berjalan lancar.

"Proses pembaikan Stadium Nasional Bukit Jalil telah berlangsung dan saya difahamkan hujung bulan Ogos ini akan selesai.

"Namun, Kita sentiasa bersedia dengan pelan B kalau penukaran rumput di Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat disiapkan.

"Cuma kita tak namakan lagi (venue). Sampai masanya (sekiranya tidak dapat disiapkan) kita akan beritahu. Dalam FAM kita sentiasa bersedia dengan pelan B," katanya dalam sidang akhbar selepas proses undian Pestabola Merdeka di Wisma FAM pada Selasa.

Proses penukaran rumput di SNBJ sudah bermula pada April lalu untuk menggantikan rumput jenis Cow Grass kepada Zyon Zoysia.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Faidz Sanusi mengesahkan proses tersebut berada di landasan tepat untuk selesai pada hujung September.

Ketika ini kerja-kerja di SNBJ sudah lebih 50 peratus siap dengan sistem perparitan serta paip untuk padang tersebut diselesaikan dan rumput sudah ditanam pada 1 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!