Unjuran kerugian kes scammer cecah RM1.2 bilion tahun ini

Saifuddin Nasution pada program Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di bawah Program Permuafakatan PDRM bersama KPM serta Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta Selangor di IDCC Shah Alam pada Rabu. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
Saifuddin Nasution pada program Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di bawah Program Permuafakatan PDRM bersama KPM serta Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta Selangor di IDCC Shah Alam pada Rabu. - Foto Sinar Harian ROSLI TALIB
A
A
A

SHAH ALAM - Trend jenayah penipuan dalam talian dijangka mencatatkan unjuran kerugian mencecah RM1.2 bilion tahun ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, ia merupakan satu nilai yang cukup tinggi bagi Malaysia berdasarkan jumlah kes dilaporkan.

Menurutnya, jenayah baharu ini akan melepasi jumlah kerugian jenayah konvensional lain seperti curi kenderaan dan sebagainya.

"Melihat trend yang dilaporkan dan unjuran kerugian ini memberi kita mesej bahawa jenayah bentuk baharu ini semakin menggila, besar dan memangsakan ramai orang sekiranya tidak berhati-hati.

"Mereka (scammer) ini 'advance' dari segi teknologi hingga pemanggil itu seperti genuine (asli). Bila kita bagi sahaja nombor akaun, nombor kad pengenalan, di situ lah akan bermula... orang yang terpelajar juga jadi mangsa," katanya dalam sidang media pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika dalam sesi program Seminar Pembangunan Modal Insan dan Sahsiah Diri di bawah Program Permuafakatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta Selangor di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam di sini.

Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan timbalannya, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, trend jenayah ini amat perlu diberi penekanan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kesedaran awam sangat penting dan pihak polis sentiasa menunjukkan komitmen tinggi untuk membanteras jenayah penipuan ini.

"Scammer ini mempunyai kreativiti tinggi dan skrip mereka gunakan meyakinkan.

"Ini bermaksud, ia adalah jenayah yang serius dan kerana itu usaha polis perlu dalam mewujudkan kesedaran awam agar tidak menjadi mangsa," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!