Foto diperguna, Rosyam Nor beri peringatan

Rosyam mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan berkaitan saham yang melibatkan dirinya. Antara paparan skrin yang disertakan Rosyam dalam video miliknya.
Rosyam mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpengaruh dengan iklan berkaitan saham yang melibatkan dirinya. Antara paparan skrin yang disertakan Rosyam dalam video miliknya.
A
A
A

PENERBIT dan pelakon berkaliber, Datuk Rosyam Nor menegaskan dirinya tidak ada kena-mengena dengan mana-mana skim pelaburan melibatkan saham.

Ujar figura berusia 56 tahun itu, gambarnya telah dipergunakan secara haram oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Saya cuma nak beritahu, ada banyak sangat iklan mengenai saham yang menggunakan gambar saya dan ramai orang yang terpengaruh.

"Saya nak beritahu, saya tidak ada kena-mengena dengan apa-apa yang berkaitan saham. Itu adalah satu penipuan," ujarnya dalam satu hantaran video menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam video itu, bintang utama Jack Yusof mengingatkan semua pihak agar tidak mudah mempercayai iklan yang memaparkan gambarnya dalam urusan berkaitan saham.

"Jangan cepat percaya, orang boleh guna gambar saya, letak gambar saya.

"Saya harap semua orang boleh berhati-hati dengan keadaan (situasi) sekarang. Terima kasih," tegasnya.

Perkara yang didedahkan Rosyam ini bukan baharu kerana beberapa selebriti seperti Datuk Awie, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozita Che Wan, Ella, Erra Fazira dan ramai lagi pernah mendedahkan gambar mereka dipergunakan untuk tujuan mempromosikan produk dan juga saham.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!