Tya Ariffin selamat lahir cahaya mata kedua
PELAKON Tya Ariffin yang juga menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza selamat melahirkan cahaya mata keduanya, seorang bayi perempuan pada pagi Khamis.
Tya dan suami, Asyraf Khalid, berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram masing-masing sebentar tadi, sekali gus mengumumkan nama anak mereka, Azzahra Jiwa Muhamad Asyraf.
“Alhamdulillah, @tyaarifinnw has safely given birth to our 2nd baby, a baby girl today at 9.21am.
“Praise to Allah. Welcome to the world baby Azzahra Jiwa Asyraf @azzahrajiwaasyraf,” tulis Asyraf pada foto pertamanya bersama isteri dan cahaya mata kedua.
Sementara itu, Siti Nurhaliza menerusi Intsagramnya turut menyambut berita tersebut dengan penuh syukur.
“Alhamdullillah.. Subhanallah. Berita gembira di hari yang mulia,” luah Siti yang gembira menerima cucunya itu.
Tya yang juga merupakan pelakon popular Indonesia mendirikan rumah tangga dengan Asyraf pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Arif Jiwa Muhamad Asyraf, 2.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!