Timbalan pengarah kanan jabatan DBKL, empat orang awam direman lima hari

Kesemua tahanan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya tengah hari tadi.
Kesemua tahanan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya tengah hari tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang timbalan pengarah kanan sebuah jabatan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan empat orang awam direman selama lima hari bermula semalam sehingga 13 Mei depan.

Mereka ditahan bagi membantu siasatan kes menerima dan memberi wang rasuah bernilai RM200,000.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Kelmarin, SPRM telah menahan kesemua suspek berusia antara 41 hingga 57 tahun itu di sebuah restoran sekitar Kuala Lumpur antara jam 12 hingga 12.30 tengah malam.

Menurut sumber, berdasarkan siasatan awal, timbalan pengarah kanan terbabit telah menerima wang rasuah berjumlah RM200,000 daripada kontraktor sebagai balasan memberikan kerja penambahbaikan infrastruktur di bawah seliaannya.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Simi Abdul Ghani ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, siasatan bagi kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!