PM Jepun dijangka rombak kabinet antara 11-13 September

Fumio Kishida -Foto AFP
Fumio Kishida -Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mungkin merombak Kabinetnya antara 11-13 September depan, Sputnik memetik laporan akhbar Yomiuri Shimbun.

Menurut laporan yang memetik sumber itu, Kishida telah pun memulakan penyelarasan berkaitan untuk mengadakan rombakan pada separuh pertama September.

Rombakan itu dijangka berlaku selepas dua acara antarabangsa - forum ASEAN di Indonesia antara 4-7 September dan sidang kemuncak G20 di India antara 9-10 September. dengan Kishida bercadang untuk menghadiri kedua-duanya.

Sumber memberitahu akhbar itu bahawa pelantikan menteri baharu mungkin dibuat pada 11 September manakala calon timbalan menteri akan ditentukan pada 13 September.

Langkah itu akan membolehkan kerajaan untuk diperbaharui selain meningkatkan penilaian terhadap Kabinet, yang pernah mengalami kenaikan rating semasa sidang kemuncak G7 di Hiroshima dan mula merosot lagi, memaksa Kishida untuk menggugurkan idea pilihan raya parlimen awal. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!