‘Terima kasih semua yang mendoakan’ - Farid Kamil

Farid Kamil menceraikan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Diana Danielle dengan talak satu secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.
Farid Kamil menceraikan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Diana Danielle dengan talak satu secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.
A
A
A

UMUM mengetahui pelakon Farid Kamil menceraikan isterinya yang juga penyanyi dan pelakon, Diana Danielle dengan talak satu secara dalam talian menerusi aplikasi Google Meet, di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Khamis.

Bagaimanapun, aktor berusia 42 tahun itu tidak dapat hadir ke mahkamah hari ini kerana kurang sihat akibat pasca Covid-19.

Terbaru, menerusi posting di Instagram, Farid mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakannya.

“Alhamdulillah. Terima kasih semua yang mendoakan. Saya pun doakan anda semua bahagia dunia akhirat.

“Kita boleh rancang, kita boleh usaha, ketetapan tetap pada yang punya kuasa,” tulisnya ringkas beserta video dia menyertai kumpulan tabligh.

Pada ruangan komen, adik Farid, Fadzil Zahari turut menitipkan kata-kata semangat buat abangnya itu.

ARTIKEL BERKAITAN:Farid ceraikan Diana Danielle talak satu, melalui Google Meet

Terdahulu, pada 10 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya yang juga pelakon dan penerbit, Farid Kamil.

Artikel Berkaitan:

Diana membuat permohonan cerai di dalam talian dengan alasan tiada lagi persefahaman, berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut biarpun mereka tidak lagi tinggal serumah.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!