'UMNO akan buat tak tahu kalau kalah PRN' - Khairy

Khairy hadir membantu kempen Reezal yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di sini, pada Khamis. - Foto Awani
Khairy hadir membantu kempen Reezal yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di sini, pada Khamis. - Foto Awani
A
A
A

KEPALA BATAS - UMNO tidak akan mengambil berat sekiranya parti itu kalah teruk dalam pilihan raya negeri (PRN) kali ini.

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata demikian bagi mengulas kedudukan parti itu jika gagal menang sekurang-kurangnya 50 peratus daripada 108 kerusi yang dipertandingkan.

"Saya rasa UMNO akan buat tak tahu (jika kalah)... kalau UMNO 'bungkus'... kecuali Reezal (Datuk Seri Reezal Merican)... mereka akan buat tak tahu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika hadir membantu kempen Reezal yang juga calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam di sini, pada Khamis.

Ditanya sama ada beliau akan membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH), Khairy berkata, kehadiran beliau hanya untuk membantu Reezal.

"Kalau di Bertam saya tahu ada yang enggan undi calon BN atas faktor tertentu tetapi ketepikanlah faktor itu dan bantu Reezal.

"Satu undi adalah untuk Reezal dan bukan untuk (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi," katanya lagi.

Tegasnya lagi, kunjungan beliau di Bertam adalah untuk membantu kempen calon BN itu atas dasar persahabatan.

Artikel Berkaitan:

Khairy berpendapat, Reezal merupakan calon yang sesuai untuk kerusi itu dan beliau akan mewarisi perjuangan Tun Abdullah Ahmad Badawi atau Pak Lah sejak tahun 70-an.

"Reezal adalah pewaris perjuangan Pak Lah jadi saya tak mahu perkara itu terputus (perjuangan).

"Walaupun PRU15 ada sedikit gangguan tapi saya harap PRN15 kali ini Reezal dapat teruskan perjuangan," ujarnya lagi.

Khairy yang juga bekas Menteri Kesihatan itu sebelum ini antara 'orang lama' di dalam UMNO yang dipecat daripada parti itu.

Tindakan terhadap bekas Ahli Parlimen Rembau itu berikutan pelanggaran disiplin di dalam parti mengikut Perlembagaan UMNO atas kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). - Awani

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!