Saya jenis cakap depan, terus jumpa: Wany Hasrita
Wany Hasrita
A
A
A
Menurut Wany kepada Harian Metro, perkara itu berlaku kerana kenyataan yang pernah dikeluarkannya, tetapi kini perkara itu sudah diselesaikan.
"Saya jenis yang akan berjumpa dan cakap depan-depan kalau ada masalah.
"Mula-mula sebelum jelaskan dia (Tajul) memang marah, tapi saya dah jelaskan apa yang sebenarnya yang berlaku.
"Apa yang saya maksudkan adalah, ada peminat yang mengatakan bahawa kami sudah tidak relevan untuk berduet dan sudah tiba masanya untuk kami fikirkan sesuatu supaya dapat memberikan karya yang lebih segar kepada peminat," akuinya jujur.
Terdahulu Wany mengeluarkan kenyataan dia dan rakan duetnya itu sudah tidak relevan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!