Polis Selangor terima 59 laporan berkaitan kempen PRN

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan - Foto Bernama
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Penyebaran video menerusi media sosial selain pengedaran risalah berunsur sensitif antara kes dikesan sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) ini pada Jumaat.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kertas siasatan berkaitan kedua-dua kes ini telah dibuka dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

"Terdapat 59 laporan polis telah diterima setakat hari ke 15 PRN ini, yang mana dua daripada laporan ini melibatkan kertas siasatan yang dibuka di bawah Seksyen 4(A)(1) Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 dan Seksyen 233 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Selain itu, 52 laporan yang diterima diklasifikasikan sebagai tidak berlaku sebarang kesalahan atau tangkapan, dua laporan polis diklasifikasikan rujuk kepada laporan lain(ROR), dua laporan diklasifikasikan tiada tindakan susulan(NFA) dan satu laporan diklasifikasikan rujuk agensi lain(ROA)," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, pemantauan dijalankan bagi memastikan setiap kempen dan ceramah mematuhi peraturan ditetapkan.

"Setakat Jumaat, 191 kempen dan 84 ceramah dijalankan dengan memiliki permit," katanya.

Menurutnya, semua pengundi dinasihatkan agar keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan kesesakan.

"Orang ramai dinasihatkan agar mematuhi nasihat pegawai SPR dan setiap arahan dikeluarkan bagi memastikan proses PRN berjalan dengan selamat dan lancar," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!