Gara-gara terjahan bahaya, Marcelo digantung

Marcelo selepas dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan keras terhadap Sanchez. GAMBAR KECIL: Terjahan Marcelo terhadap Sanchez.
Marcelo selepas dilayangkan kad merah setelah melakukan terjahan keras terhadap Sanchez. GAMBAR KECIL: Terjahan Marcelo terhadap Sanchez.
A
A
A

KONFEDERASI Bola Sepak Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) mengenakan penggantungan tiga perlawanan terhadap bekas bintang Brazil, Marcelo selepas dia melakukan terjahan bahaya terhadap pemain Argentinos Juniors, Luciano Sanchez.

Tindakan ketika perlawanan Copa Libertadores di Buenos Aires minggu lalu itu menyebabkan tonggak pertahanan Juniors tersebut mengalami kecederaan serius.

Bek kiri berusia 35 tahun itu juga perlu membayar denda AS$6,000, menurut badan induk bola sepak Amerika Selatan pada Jumaat.

Ketika insiden Marcelo sedang menggelecek ke arah Sanchez sebelum melakukan terjahan bahaya terhadap kaki pemain Argentina itu.

Akibatnya, kaki pemain Juniors itu melengkung ke bawah pada sudut yang mengejutkan menyebabkan dia terbaring dalam kesakitan di padang.

Sanchez kemudiannya meninggalkan padang dengan pengusung sebelum disahkan mengalami patah tulang oleh doktor pasukan.

Bekas pemain Real Madrid itu kemudiannya dibuang padang sambil menangis berikutan insiden seri 1-1 pada aksi 16 terakhir perlawanan pertama tersebut.

"Hari ini saya mengalami detik-detik yang sangat sukar di atas padang.

Artikel Berkaitan:

"Saya secara tidak sengaja mencederakan pemain pasukan lawan. Saya mendoakan dia pulih segera sebaik mungkin dengan doa semua dan kekuatan di dunia," tulis Marcelo di Instagram beberapa jam kemudian.

Sebagai rekod, Marcelo telah pun menjalani pergantungan perlawanan pertama apabila terlepas perlawanan kedua ketika kelab Brazil itu menang 2-0.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!