Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

[SINAR LIVE] Mampukah jadi hadiah PN?

09 Ogos 2023 | Sinar Live Video
A
A
A
Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini, Datuk Dr Ab Halim Tamuri akan ditentang secara tiga penjuru oleh penyandang kerusi DUN tersebut, Mohd Khairudin Othman (PH-PKR) dan calon Bebas, Nurhaslinda Basri.

Seperti tampak begitu istimewa sosok bekas Rektor Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) ini apabila Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama ratusan penyokong Perikatan Nasional berarak mengiringinya ke Pusat Penamaan Calon pada 29 Julai lalu dan mengatakan pula calon ini merupakan 'hadiah' untuk pengundi di DUN tersebut.

Ab Halim dibayangkan sebagai seorang yang benar-benar layak diangkat sebagai wakil rakyat bagi membantu kerajaan Selangor jika Perikatan Nasional (PN) berjaya menggulingkan Pakatan Harapan di negeri itu.

Persoalannya mampukah calon ini meraih sokongan pengundi sekali gus menjadi 'hadiah' seperti dicanangkan itu?

Tonton Sinar Live khas PRN bersama calon PN DUN Paya Jaras, Datuk Dr Ab Halim Tamuri di semua platform digital Sinar Harian.

UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI:

Youtube: https://www.youtube.com/watch?v=1lgl_YRpmfA

Facebook: https://fb.watch/mj7u5mdzgT/

Twitter: https://twitter.com/SinarOnline/status/1689214789401378816

#SinarHarian #SinarLive #KuasaRakyat #PilihanRayaNegeri