Diskaun makanan, tempat penginapan dan cuci kereta buat pengundi

Rumah tumpangan, Ayahandabonda Homestay memberikan potongan harga sebanyak 10 peratus kepada anak perantauan yang mahu pulang mengundi.
Rumah tumpangan, Ayahandabonda Homestay memberikan potongan harga sebanyak 10 peratus kepada anak perantauan yang mahu pulang mengundi.
A
A
A

SHAH ALAM - Kemeriahan pilihan raya negeri (PRN) enam negeri disambut meriah apabila ramai pemilik perniagaan menawarkan potongan harga bagi menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia keluar mengundi esok.

Promosi sempena PRN itu bukan hanya dilakukan oleh peniaga makanan tetapi ia juga turut dilakukan oleh pemilik rumah tumpangan, pengusaha kolam ikan dan pusat perkhidmatan pembersihan kereta.

Pelanggan hanya perlu menunjukkan bukti dakwat biru pada jari masing-masing untuk menikmati tawaran menarik yang disediakan.

Rumah tumpangan, Ayahandabonda Homestay yang terletak di Kota Bharu, Kelantan menawarkan potongan harga 10 peratus bagi anak perantau balik mengundi.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook milik Norsuriya Ghazali.

Dia memaklumkan rumah tumpangan berkenaan menawarkan potongan harga selama dua hari pada 11 dan 12 Ogos sahaja.

Dalam pada itu, sebuah pusat perkhidmatan pembersihan kereta, WashAway Auto Detailing juga tidak ketinggalan menawarkan potongan harga sebanyak RM10.

WashAway Auto Detailing memberikan potongan harga sebanyak RM10 kepada pelanggan dengan jari berdakwat biru.
WashAway Auto Detailing memberikan potongan harga sebanyak RM10 kepada pelanggan dengan jari berdakwat biru.

Artikel Berkaitan:

Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook, WashAway Auto Detailing memaklumkan promosi itu hanya boleh dinikmati oleh pelanggan yang mempunyai dakwat biru pada jari sahaja.

“Datanglah ke mana-mana cawangan kami esok, untuk menikmati diskaun RM10 selepas mengundi. Kami buka seawal jam 9 pagi sehingga jam 7 petang.

“Esok merupakan hari mengundi, pandu selamat sekiranya pulang ke kampung,” tulisnya.

Sementara itu, sebuah pusat kolam memancing di Bachok, Kelantan, Kolam Pancing Heritage Resort pula memperkenalkan promosi tunjuk jari sempena PRN dengan potongan harga sebanyak 15 peratus.

Perkara itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di laman sosial rasmi milik Kolam Pancing Heritage Resort pada Khamis.

“Sempena PRN15, kami mengadakan promosi kepada rakyat yang keluar menunaikan tanggungjawab mengundi dengan pemberian potongan sebanyak 15 peratus.

“Anda hanya perlu menunjukkan jari (yang telah dicelup dakwat) di kaunter dan promosi ini tertakluk kepada 20 orang terawal sahaja,” tulisnya.

Dalam pada itu, pengusaha makanan, Chicken Royale turut mengadakan promosi sempena PRN dengan potongan harga sehingga 30 peratus.

Chicken Royale menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi pelanggan dengan jari berdakwat biru.
Chicken Royale menawarkan potongan harga sehingga 30 peratus bagi pelanggan dengan jari berdakwat biru.

Menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook Chicken Royale, promosi tersebut ditawarkan selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad.

“Barang siapa yang datang dengan bukti jari sudah mengundi... Lepas itu datang la ke Chicken Royale pada Sabtu dan Ahad dengan bukti pada jari itu sebagai tanda sudah mengundi.

“Datang sebelum jam 7 petang akan dapat diskaun sebanyak 30 peratus manakala bagi mereka yang datang selepas jam 7 malam akan peroleh potongan harga sebanyak 10 sahaja,” kata kenyataan itu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!