29 maut, 16 hilang dalam banjir besar di China

Penduduk kampung membawa barangan bantuan di Kampung Shangzhuang di Bandar Sanpo, Kaunti Laishui, Wilayah Hebei utara China yang terjejas akibat hujan lebat. - Foto Xinhua
Penduduk kampung membawa barangan bantuan di Kampung Shangzhuang di Bandar Sanpo, Kaunti Laishui, Wilayah Hebei utara China yang terjejas akibat hujan lebat. - Foto Xinhua
A
A
A

SHIJIAZHUANG - Banjir di wilayah Hebei di utara China akibat hujan lebat baru-baru ini meragut nyawa 29 orang sehingga Khamis, manakala 16 lagi dilaporkan hilang, menurut pihak berkuasa tempatan pada Jumaat.



Hujan lebat dan banjir teruk itu menjejaskan 110 negeri, bandar dan daerah di wilayah itu, lapor Xinhua.

Banyak infrastruktur termasuk pengangkutan, tenaga, komunikasi dan kemudahan air di kawasan yang dilanda bencana mengalami kerosakan dengan kerugian ekonomi langsung dianggarkan sebanyak 95.81 bilion yuan (kira-kira AS$13.38 bilion) setakat ini.

Sehingga Khamis, banjir menjejaskan kira-kira 3.89 juta orang. Seluas 319,700 hektar tanaman juga rosak dan 131,500 hektar lagi musnah.

Banjir turut merobohkan 40,900 rumah, manakala 155,500 lagi rosak teruk.

Sebanyak 1,150 sekolah rendah dan menengah serta tadika, turut mengalami kerosakan. - Bernama-Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!