30 minit berpaut pada bot, elak lemas
Dalam kejadian itu, mangsa berusia 20-an dikatakan keluar memukat berseorangan di sungai berkenaan sebelum bot dinaiki terbalik dipercayai tersangkut pada pukatnya.
Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila sempat berpaut pada botnya hampir 30 minit sebelum duduk di atas bot dan diselamatkan bomba.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 9.51 pagi.
Menurutnya, seramai lapan anggota bersama satu jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu bergegas ke lokasi.
"Kita menaiki bot untuk menyelamatkan mangsa yang ketika itu duduk diatas botnya yang terbalik dan mengambil masa hampir 15 minit untuk menyelamatkannya.
"Ketika kejadian, air sungai agak deras selain hujan. Bagaimanapun, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!