Kanak-kanak warga Rohingya ditemui lemas

Kanak-kanak warga Rohingya diselamatkan orang awam selepas ditemui lemas dalam paya.
Kanak-kanak warga Rohingya diselamatkan orang awam selepas ditemui lemas dalam paya.
A
A
A

SEBERANG JAYA - Seorang kanak-kanak warga Rohingya ditemui lemas dalam kawasan paya berhampiran Evoke Residence, Jalan Baru di sini pada Jumaat.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, kanak-kanak berusia lapan tahun itu diselamatkan oleh orang awam namun tidak sedarkan diri.

"Kita menerima laporan kejadian kira-kira jam 7 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai bergegas ke tempat kejadian.

"Mangsa yang ditemui tidak sedarkan diri dibawa oleh orang awam ke Hospital Seberang Jaya sebelum pihak bomba tiba di lokasi," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Jurucakap berkenaan berkata, pemantauan dilakukan di lokasi kejadian dan mendapati tiada mangsa lain yang terlibat.

Katanya, keadaan mangsa setakat ini belum dapat dipastikan dan operasi ditamatkan pada jam 7.25 petang.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!